Tuesday, July 19, 2011

Titian Hidup Lin (part 1)


“K
ita putus..”amat pedih bila aku terdengar kata ni. Masih terngiang-ngiang di telinga ku. Hati ini amat sukar untuk ku pujuk.Tapi kenapa ini yang harus aku terima. Kenapa dia sanggup memutuskan hubungan yang sekian lama terjalin. Hampir tiga tahun aku bercinta dengan insan yang amat ku sayang, Zahid. Aku sanggup berkorban apa sahaja untuk dia. Aku tidak pernah fikir akan kekurangan dirinya. Setiap kekurangannye aku cuba untuk tutup.
           
Tiga tahun aku kenal dia dan tiga tahun tu la aku berkorban apa sahaja. Apa yang tak cukup, aku penuhkan. Dia mahu mengambil lesen kereta dan duit tak cukup. Aku serahkan duitku demi kebahagiaan kami pada masa depan. Itu  sahaja yang aku fikirkan. Tapi setelah dia berjaya mendapatkan lesen, dia senyap sahaja. Sedih hati ini, namun aku lembutkan hati. Mungkin dia nak beritahu tapi aku dah tanya dia dulu.
           
Selama kami bercinta, bukan untuk aku mengungkit. Dia tidak pernah belanja aku makan dan keluar tengok wayang. Aku ingin rasa semua itu, aku nekad untuk ajak dia datang ke Perak. Aku mahu dia tengok tempat aku belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aku mahu dia beri semangat untuk aku belajar bersungguh-sungguh. Tidak dinafikan dari aku zaman sekolah dia selalu ambil berat tentang pelajaran aku sehinggalah aku berada di menara gading.
           
Aku amat mencintai dia walaupun dia tidak lagi mencintai aku. Hati ini tetap merindui dia. Aku dapat tahu Zahid akan dijodohkan dengan perempuan yang bernama Su atas pilihan keluarganya. Begitu mudahnya dia melepaskan aku dan begitu mudahnya dia menerima kehadiran orang baru. Hati aku sakit bila Zahid menceritakan semua ini. Hati aku hancur. Apakah tiada lagi cinta dalam hati mu, Zahid. Kenapa kau seksa hatiku. Hanya kerana kesilapan ku, kau sanggup  terima perempuan itu.
           
“Siapa Hakim ni?? Cakap Lin!! Aku tak mampu untuk melawan kata-katanya. Aku hanya mampu mendiamkan diri.
“Cakap Lin siapa Hakim ni..dalam mesej ni sampai bersayang-sayang..Ape semua ni Lin?? Aku takut untuk menceritakan hal yang sebenar.
“Itu abang angkat Lin...tapi Lin tak pernah ada hati dengan dia”jawabku dalam tergagap.
“Kalau dah sayang-sayang, tu apa  Lin??” tengking Zahid. Aku tak pernah tengok dia marah sampai macam ni. Aku jadi takut.
“Lin dah cakap dengan abang, Lin anggap dia sebagai abang angkat dan tak lebih dari itu, cuma..dia yang anggap Lin lebih dari itu” jawab ku untuk tenangkan Zahid. Tapi Zahid langsung tak peduli.
           





“Lin, handphone tu bunyi dah berapa kali,jawablah Lin” suara Siti menghentikan lamunan ku. Oh abang Hakim rupanya. Tapi malas aku nak jawab. Aku ingatkan Zahid tapi Zahid langsung tak contact aku. Zahid kenapa kau buat aku macam ni. Aku amat merindui mu. Aku nekad untuk bertanya khabar Zahid. Aku call dia. Aku amat merindui suaranya. Dia seperti tak mahu layan aku. Dia sibuk katanya. Zahid kenapa dengan dirimu. Cepat benar kau berubah. Aku cuba untuk menjelaskan semuanya tapi kau langsung tak beri aku peluang. Kau tak pedulikan kata-kata aku lagi. Aku amat merindui mu. Hati ini hanya ada kau, Zahid.

“Askum..ai tgh wat ape?”..siapa pula yang menghantar mesej ni.ahh..mungkin salah orang,malas aku nak layan. Aku terus memandu kereta Proton Waja milik ayah ku menuju ke rumah tok wan ku. Aku ingat nak menziarahi tok wan ku yang sedang sakit. Maklumlah orang dah tua, macam-macamlah sakitnya. Tapi itu aku tak kisah, yang penting aku dah menziarahi tok wan dan boleh juga aku rehatkan diri. Dalam perjalanan ke kampung, sedang aku asyik mendengar lagu Ingin Tahu dendangan daripada Erra Fazira, telefon aku berbunyi. Ni mesti mesej daripada ayah tanya aku dah sampai ke belum, risik hati ku. Aku berehat sekejap di pondok rehat Yong Peng. Aku terus mencapai handphone ku. “Askum..ai buzy nampak?”..ish siapa pula yang menghantar mesej ni, nombor yang sama yang hantar mesej pada petang tadi. Aku abaikan mesej tu. Malas aku nak layan.

“Assalamualaikum..wan,”mana pula wan ni, jangan dia ke kebun dah. Tapi tadi aku dah bagi tahu, kejap lagi aku sampai kampung. “Waalaikumussalam..ha dah sampai budak ni, dah masuk rumah, angkat beg tu masuk ke dalam bilik”, kata wan dengan senyum lebar. Maklumlah cucunya balik kampung nak menziarahi dia. Aku gembira sangat dapat tengok wan, mungkin rindu sangat dengan wan. “ Wan, mak ayah kirim salam kat wan” aku menyampaikan amanah mak ayahku. Wan senyum sahaja sambil menjawab salam kedua orang tua ku. “ Lin dah makan?”tanya wan pada ku. “Dah wan tadi makan kat restoran Yong Peng”jawab ku. Tapi melihatkan muka wan yang tiba-tiba masam, aku terus menggapai pinggan. “Emm..sedapnya wan masak, Lin nak makan lah” aku cuba tambat hati wan ku. Wan mula mengukir senyuman di bibirnya.

“Assalammualaikum dan selamat malam wan” ucap ku pada wan.
“Waalaikumussalam dan selamat malam Lin, dah tidur tu baca doa” jawab wan.
“Yela wan” jawab ku.









No comments:

Post a Comment